Jumaat, 29 Januari 2010

Jurnal Melayu

CATATAN HARIAN:

Pada hari Jumaat, 29 Januari, sekolah saya mengadakan suatu perlumbaan di Macritchie Reservoir. Semua pelajar menengah satu hingga lima harus hadir pada hari itu. Saya dan rakan-rakan dari kelas yang berbeza ke sana dengan menaiki kereta kawan saya. Di sana, saya berjumpa dengan kawan sedarjah saya. Kami amat takut, kerana kami disuruh lari sepanjang 3.2 km. Semua murid sekolah sudah sampai, dan mula hari perlumbaan ini.Murid-murid lelaki dari kelas-kelas menengah satu bermula lari dahulu. Seseorang membunyikan hon dan kami mula lari. Saya tidak tahu, mengapa saya dapat lari dengan senang. Selalunya saya akan senang penat. Di dalam hutan, saya tidak henti untuk rehat. Saya terus lari. Tetapi, apabila saya sampai di tepi jalan raya, saya terus henti, kerana, saya penat. Saya pun hairan. Kenapa saya tiba-tiba penat? Tetapi, apabila saya sedang berjalan, kawan saya tiba-tiba berlari ditepi saya. Dengan kuasa yang masih ada, saya terus cabut lari. Saya tidak mahu di kalahkan dari dia. Akhirnya, saya dapat nombor 2 dalam kelas saya. Tetepi, nombor satu bukanlah kawan saya yang berlari ditepi saya itu. Peranjat apabila nampak dia. Teringat pula, pada mula perlumbaan itu, dia di hadapan saya. Tetepi, dia sudah jauh apabila saya di tepi jalan raya.

Rabu, 20 Januari 2010

Perasaan Saya Mencipta Blog Bahasa Melayu

Saya rasa bosan, kerana ini bukan pertama kali saya buat blog. Tetapi, saya juga rasa seronok, kerana saya dapat menolong rakan rakan saya.XDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXDXD