Ahad, 26 Februari 2012

Topik: Blog Rempah Ratus Bahagian 1

Hi kawan-kawan! Kami jumpa sekali lagi! Kamu semua apa khabar? Kini saya sudah menengah 3! YAHOO! Menurut cikgu, kami semua sudah abang-abang tetapi fikiran tetap seperti budak kecil. Tahu takpe.

Saya telah diberi kerja untuk mengkaji tentang rempah-ratus yang terdapat dunia melayu. Apa itu rempah-ratus? Dalam istilah inggeris, rempah-ratus adalah "spices". Contoh rempah-ratus adalah, kayu manis, bunga lawang, bawang dan lain-lain lagi. Dalam post ini, saya akan mengenalkan tidak kurang 4 jenis rempah-ratus. Mari kami mula!
____________________________________________________

SEJARAH

Sebenarnya, rempah ratus atau singkatnya disebut rempah telah digunakan oleh manusia dari masa 50,000BC. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria.Kebanyakkan rempah ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik dan pewangi. Mula-mulanya digunakan oleh orang mesir, kemudian rempah tersebar melalui Timur Tengah ke timur Mediterranean dan Eropah dan dibawa oleh pedagang rempah ratus ke lautan Asia Tenggara.
____________________________________________________



KAYU MANIS

Kayu manis adalah rempah ratus yang diperolehi daripada kulit dalam beberapa pokok genus Cinnamomum yang digunakan dalam kedua-dua makanan manis dan enak.

Harga dalam pasaran untuk 1 packet kayu manis adalah $1.

Kayu manis digunakan lebih kerana baunya. Kayu manis boleh dimasukkan kepada kari untuk membangkitkan baunya. Kayu manis hanya digunakan dalam Kari Daging sahaja. Kayu manis juga digunakan didalam Nasi Briyani kerana sebab yang sama.

____________________________________________________





JINTAN MANIS

Jintan manis merupakan sejenis rempah. Nama sains jintan manis adalah Pimpinella anisum.

Satu paket jintan putih berharga $1-2.

Jintan manis untuk perisa dan aroma. Jintan manis digunakan dalam lauk seperti Ayam masak kicap dan lain-lain.

____________________________________________________



LADA HITAM

Lada hitam adalah sejenis rempah yang dipercayai boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil.Ia juga mengandungi thermogenic yang menggalakkan kadar metabolik.

Harga pasaran lada hitam kira-kira $1-2.

Lada hitam digunakan kerana kepedasannya. Lada hitam digunakan dalam masakan seperti Ayam Masak Kicap dan Daging Lada Hitam.

____________________________________________________





BAWANG

Bawang putih merupakan satu-satunya rempah yang basah. Basah bermaksud harus dilumatkan atau dikisah dengan sedikit untuk menjadi perencah dalam masakan dan memaniskan masakan.

Harganya tidak mahal. Seperti rempah lain, ia berharga $1 ke atas.

Bawang putih boleh digunakan untuk masak asam pedas.

____________________________________________________


Hingga ini sahaja post saya. Harap ia dapat menolong kamu, jumpa lagi ya?

Tiada ulasan: