Jumaat, 30 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI 10

REFLEKSI

Inilah, kawan-kawan, hari yang kami harus berpisah. Selepas 10 panjang entri yang dibuat dengan peluh-peluh saya, akhirnya, sudah tamat pertandingan ini. Memang seronok pertandingan ini. Saya cuma sedih kerana apabila tengok balik semua entri saya, macam boleh mengubahkan jadi lebih cantik.

Dalam perjalanan untuk mencari semua falsafah, ataupun rasional, mencari pantang larang yang berlainan, saya telah, dengan penat, jalan sini sana untuk mencari buku yang berinformasi, telah mewawancara ibu saya, telah minta pertolongan sedikit dengan blog saya.. Hais..

Kerja hasil 10 entri-entri ini, telah banyak manfaat untuk saya. Saya telah belajar tentang pantang larang, untuk tekun dalam kerja yang kami membuat, dan apa rasanya untuk kerja keras. Betul-betul keras. Hehehe. :D Saya rasa entri saya akan lebih menarik jika saya membuat tentang makanan. Hais. Alah, apa nak buat? Rakan kelas dah "chop". Kesian saya :'(

Saya menamatkan entri yang terakhir saya. Saya harap informasi tentang budaya kami akan di gunakan dengan baik, ikhlas kerja saya. Saya juga harap entri-entri dalam pertandingan ini akan menunjukkan kepada semua bahawa budaya dan bahasa kami sangat penting. Jangan sedih, wahai kawan-kawan, saya yakin kami akan jumpa lagi. Saya rasa kami akan berjumpa lagi... Hehehe.. Hanya Allah maha mengetahui, kan?

Terima Kasih Kepada Pembaca-Pembaca, Kepada Guru-Guru, Kepada Rakan-Rakan yang telah menolong membuat pertandingan ini "Fun" sekali!

Sekian.

Tiada ulasan: