Isnin, 12 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

PERASAAN & PERSEDIAAN

Perasaan saya? Tidak begitu memeranjatkan apabila Cikgu mengumumkan bahawa kami disuruh bertanding dalam Pertandigan Blog ini. Saya rasa pertandigan ini akan menjadi suatu pelajaran untuk saya dan saya harap pertandigan ini akan menyeronokkan. Apabila Cikgu saya sedang memberitahu kami tentang pertandingan ini dan cara-cara untuk membuatnya, saya fikir "Syioklah!" Itu pendapat saya, tidak tahulah tentang rakan-rakan saya. Mana tahu, mungkin mereka berkata "Alamak! Tidak syioklah!" *mengangkat bahu* Hm..saya ada banyak idea untuk pertandingan ini.


Persediaan saya :

Disebabkan budaya melayu yang luas, saya akan fokus entri-entri saya tentang Pantang Larang.

Saya boleh mencari pantang larang yang saya tidak pasti dari internet, bolehlah saya dapat gambar-gambar yang tentang pantang larangnya.

Kadang-kala informasi dari internet tidak betul, saya akan pergi ke perpustakaan untuk kajian dan meminjam buku tentang topik yang saya disuruh untuk pertandingan ini. Ada lebih banyak tempat-tempat untuk mencari infomasi daripada lelaman internet.

Bolehlah saya mewawancara ibu bapa, makcik pakcik dan lain-lain yang tahu tentang pantang larang.

Saya akan memuatnaikkan gambar-gambar dan klip video untuk menerangkan lebih lanjut tentang pantang larang melayu dan untuk santapan

Inilah perasaan dan persediaan saya. Sehingga berjumpa lagi!

Tiada ulasan: